Assalammualaikum.
Mmmmm penat saya hari ni, jalan-jalan dengan mama dan abah. Seronok sangat, kadang-kadang terkeluar juga air mata saya sebab terkenangkan dia. Tapi walau bagaimana pun saya harus kuat dan tabah. Setelah lihat permandangan sekeliling sewaktu jalan-jalan tadi, hati saya rasa tenang. Alhamdullilah.
Mula-mula, memang rasa malas na ikut sebab saya tiada mood tapi bila teringatkan masalah saya, saya rasa saya perlukan ruang untuk memulihkan hati saya. Abah kata jom pergi PD, saya pun cakap iya. Saya tahu, abah ajak sebab dia na pergi memancing, hobinya dari zaman muda lagi. Mama pula beria-ia na ikut sebab sudah tidak sabar melihat laut.
Semasa perjalanan, macam-macam yang saya lihat terutamanya kekuasaan Allah. Dengan melihat kekuasan-Nya, hati saya dapat terima keadaan sekarang kerana saya tahu Allah sentiasa bersama saya. Walau bagaimana pun, hati saya tetap rasa sakit dan terlalu rindukan dia, tapi saya harus terima hakikat yang kami bukanlah jodoh dalam percintaan.
Semasa tiba di Port Dickson, tempat pertama yang saya sekeluarga tuju adalah di sebuah gedung membeli-belah. Tujuannya hanya untuk beli sotong basah sebagai umpan abah untuk memancing nanti. Kemudian, kami ke sebuah kedai makan ala-ala koboi. Memang seronok sangat dapat makan nasi kukus di situ. Tapi sayangnya, bukanlah ditepi pantai yang saya idam-idamkan.
Setelah bersiar-siar di Port Dickson, abah mula bawa saya dan mama pergi ke Lukut, tempat memancing yang best kata abah saya. Setibanya di sana, subhanaAllah suasananya sangat indah. Saya sempat juga ambil gambar bersama mama. Kami berposing sambil gelak ketawa, rasa lama tidak dengar gelak ketawa mama dan melihat abah yang tekun memancing.
Beberapa lama kemudia, kami pun beredar dari kawasan memancing tersebut dan terus pulang ke rumah. Semasa perjalanan, saya tertidur kerana keletihan, namun nun di dalam hati saya sentiasa merinduinya walaupun disaat saya lena. Sampai sahaja dirumah, terdetik hati saya untuk cuba menelefonnya. Memang rasa berdebar-debar kerana kami sudah tiada apa-apa hubungan.
Namun, saya tabahkan hati saya. Pangilan pertama saya buat, tiada yang menjawab. Sehinggalah panggilan yang ketiga. Hati saya pecah seribu namu apakan daya, saya terima seadanya. Hati saya rasa sangat sedih lalu keluarlah mutiara mata saya. Ya Allah, aku amat merindui dirinya, tabahkan lah diriku menghadapi dugaan-Mu. Apa pun yang berlaku, aku harus tabah dan tetap tabah.
Saya cinta kan awak, lillahitaala.
Saya cinta kan awak, lillahitaala.
No comments:
Post a Comment