Assalammualaikum semua.
Lelaki tidak faham kenapa kaum hawa sering menitiskan mutiara mata. Tetapi kepada wanita, tangisan memberi seribu makna yang tersurat mahupun tersirat. Sungguh mudah untuk seorang wanita menitiskan air matanya kerana wanita mempunyai hati yang lembut dan perasaan yang sensitif apabila terlihat, terasa, terimbau sesuatu yang pernah mahupun sedang berlaku dalam kehidupan mereka.
Seorang lelaki begitu sukar mengalirkan air mata kerana mereka di takdirkan untuk mempunyai hati yang tabah dan cekal. Oleh yang demikian, wajarlah kaum adam dijadikan pemimpin serta imam kepada negara dan keluarganya.
Firman Allah SWT:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya “
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ”
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
Dan begitulah seorang wanita apabila dia menjatuhkan air matanya, dia akan menjadi seorang yang kuat sesudah melepaskan segala masalahnya pada mutiara mata tersebut. Sebab itu lah seorang wanita sangat mudah mengalirkan air matanya. Melihat orang-orang yang tersayang bahagia, melihat kedustaan dunia, saat kesunyian dan melihat segala yang memberi kepedihan dan kesakitan di hati mereka maka jatuhlah air mata kaum hawa tersebut.
JOM KITA JADI KUAT DENGAN MENANGIS! :)
TAK SALAH MENANGIS NI, SAYA PUN SELALU MENANGIS.
HEHEHEHE :3
TAK SALAH MENANGIS NI, SAYA PUN SELALU MENANGIS.
HEHEHEHE :3
No comments:
Post a Comment