Bismilahirahmanirrahim. Assalammulaikum.
Welcome To My Blog And Thank You For Stopping By!

Facebook Twitter Tumblr

Tuesday, 10 April 2012

My Family Vacation :D

Assalammualaikum!

Hehe, hari ni saya happy sangat walaupun hati saya penuh dengan kesedihan. Tak kan saya na sedih je sepanjang hidup saya, sebab saya tahu Allah sentiasa bersama umatNya. Segala cubaan Dia berikan, termampu umatNya juga. Macam-macam saya lalui empat tahun lalu, menyesal tu sememangnya tapi saya ambil semua yang telah berlaku itu sebagai satu pengajaran yang amat bermakna buat diri saya. Sekarang, saya ingin memulakan azam yang baru, tanpa melihat ke belakang. 

Ni na cerita sikit buat penuh post dekat blog ni. Hari jumaat pagi yang lepas saya dan keluarga pergi vacation dekat Penang, actually abah ada meeting tapi kami berempat (mama,aziz,hakim,saya) ambil peluang emas ini untuk tenangkan fikiran dan perasaan sambil menikmati permandangan yang indah di sekeliling kami. Alhamdullilah perjalanan kami sekeluarga ke Penang diredai Allah SWT. Kami sampai di Copthorne Orchid Hotel pada pukul 11.30 pagi. Yang seronoknya, bilik yang abah sewa adalah satu suite yang besar plus ocean view yang sangat cantik dan indah. Nampaklah juga swimming pool di bawah. Alhamdullilah, rezeki kami kali ni lumayan. Di Penang, apa-apa pun pekena nasi kandaq dulu la. Hehe, untuk makluman Penang is where I was born. Anak mami nohhhh :D

Syukur, urusan di Penang da habis kami pun mula berjalan ke Kedah pula sebab na melawat ayah sedara yang sakit di sana. Saya harap, Pak Cik saya sentiasa sihat dan cepat sembuh dari penyakitnya. Sesudah itu, kami ke Perlis pula. Hehe first time saya ke Perlis, memang seronok. Kami sekeluarga check in di Hotel Seri Malaysia, Kangar. Hotel tu baru je siap, memang cantik sangat. Layanan dia pun mesra je. Malam-malam siap buat karaoke lagi, abah lah suka sangat. Nasib dia ta menyanyi sekali sekali, kalau ta habis la. Hehe, first day dekat Perlis abah bawak makan seafood. Huhhh memang penuh satu meja lah hidangan seafood kami. Macam-macam ada, dari ikan bakar sampai ke tomyam. Terima kasih uncle-uncle (kawan abah) yang belanja kami sekeluarga makan :9

Hari kemudiannya, kami pun ke Thailand! First time juga saya ke luar negara. Tu bukan oversea lagi, baru overland :D Waaaaaa dekat siam ni, susah na cakap bertapa happy nya saya dapat makan makanan Thailand especially tomyam dan ikan siakap masak tiga rasa. Memang 'ummmmpppp' lah! Kap pun kap untie dan uncle-uncle yang belanja! Hehe sambil tu, dapat juga lah belajar cakap siam sikit-sikit. Kebetulan mama saya pun keturunan siam. Kami di Thailand ta lama pun. Dari pagi sampai petang sebab kami harus pulang secepat mungkin. Abah da mula risau tentang ayam-ayam kesayangannya. Tapi malan sekali, semau ayam abah da kena tiam anjing. Haihhh sedih tengok abah yang da lama bela ayam-ayam tersebut. Tapi apakan daya, perkara sudah belaku. Saya doa kebahagiaan abah dengan mama sentiasa ada di mana-mana sahaja. 

Haaaa lepas family vacation ni, hati saya rasa lebih tanang. Fikiran saya mula terbuka luas dan saya memberi sepenuh perhatian kepada masa depan saya. Buat masa ini, komitmen saya hanya pada pelajaran. Entah mana saya akan di ambil belajar. Berat hati lepaskan keluarga dan berdikari. Sememangnya saya seorang anak yang manja dan susah kalau berjauhan dengan keluarga terutama mama dan abah saya :'( Dulu saya selalu berkongsi kesedihan dengan dia, tapi sekarang saya tanggung sorang. Saya kuat dan saya boleh hadapi ini semua. Saya ta perlukan dia kerana dia telah mengkhianati cinta saya yang ikhlas terhadapnya. Saya hanya mampu berdoa semoga dia bahagia.

Akhir kata, saya bahagia dengan kehidupan saya selepas empat tahun yang mnyakitkan. Alhamdullilah. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan melihat post-post di blog saya. Saya amat berterima kasih! Jeongmal jeongmal kamsahamitaaa!!! Asslammualikum :D

P/s: kalau ada typo, maafkan saya ;)

No comments:

Post a Comment