Bismilahirahmanirrahim. Assalammulaikum.
Welcome To My Blog And Thank You For Stopping By!

Facebook Twitter Tumblr

Tuesday 10 April 2012

Mimpi Ke Awangan ;)


Assalammualaikum dan selamat pagi semua!

Hehehe saya ta tahu kenapa tapi na cerita juga. Ye la kan, lepas result SPM ni semua kawan-kawan saya risau mereka dimasukkan ke universiti mana. Actually saya pun risau kalau-kalau ta dapat, melepaslah saya. Na buat acanokan?? Hehehe semalam saya dengan bestie saya, Aida cerita pasal perjalanan kami na masuk universiti. Haihh susah lah macam ni, sebab intake for diploma yang first sem jatuh pada 3.6.2012. Memang susah sangat dan membebankan mama dengan abah na hantar saya pergi U lepas sahaja resepsi perkahwinan kakak saya pada 2.6.2012. Yang paling sedihnya, saya ta dapatlah sambut hari kelahiran saya dengan orang-orang tersayang pada 4.6.2011. Hmm sedihnya tahun ni, terpaksa tinggalkan mama dan abah and belajar untuk berdikari. InsyaAllah, saya ta akan apa-apa.

Ni na cerita juga tentang mimpi saya semalam. Memang kelakar and beyond my imaginationlah! Ni semua angkara sembang pasal U dengan Aida semalam. Teruk beno mimpi saya ni. Bermulalah alkisah mimpi saya dengan penerimaan saya di sebuah universiti, dekat mana pun saya ta tahu. Lepas tu mama dgn ayah saya hantarlah saya ke sana. Sampai je disana, kelihatan ramai sangat kawan sekolah saya. Macam masuk sekolah menengah balik cuma ada asrama sahaja. Asrama kami pula macam satu rumah yang besar dan ada banyak bilik. Kita bole pilih mana-mana bilik yang kita suka. Bak kata orang "siapa cepat dia dapat" :D Saya pun memulakan misi mencari bilik yang saya suka. Ta lama kemudian, bilik idaman saya pun ditemui. Dalam bilik tu ada tiga katil. Dinding bercat warna purple pink, ada side table, table lamp, make up, bilik air, memang semua lengkaplah. Hahaha ada ke asrama macam tu ea. Haihh macam bukan asrama je.

Memang happy lah saya tahu bilik saya macam tu. Room mates saya da lupa lah. Tapi saya yang ajak mereka. Hihihi pelik beno. Tapi sayangnya itu cuma satu permainan tidur semata-mata. Kalau betullah memang saya bersyukur sangat-sangat tapi sangat mustahil untuk berlaku. Hehehe itu je kot saya na cerita hari nie. Exited sangat na beritahu dunia :D

Terima kasih kepada yang membaca. InsyaAllah saya akan perbetulkan kesilpan saya dalam mengarang post :D Assalammualaikum semua!

No comments:

Post a Comment