Bismilahirahmanirrahim. Assalammulaikum.
Welcome To My Blog And Thank You For Stopping By!

Facebook Twitter Tumblr

Sunday 15 April 2012

Bintang ★


Assalalammualaikum.

Post saya malam ni adalah tentang bintang, iaitu ciptaan Allah SWT yang paling indah dan luar biasa. MasyaAllah, Allah itu maha besar dan maha berkuasa. Dia ciptakan bintang untuk kita pelajari, hayati dan juga adaptasi dalam kehidupan. Iya, bintang juga merupakan planet-planet di angkasa. Bumi juga merupakan bintang yakni planet yang boleh menampung kehidupan. Bumi kita, bulan, dan matahari berada dalam satu galaksi yang bernama bima sakti. Cuba kita bayangkan, kita berada dalam satu bumi dan satu galaksi namun banyak lagi galaksi yang berada di angkasa lepas dan bertapa banyaknya planet (bintang) dan galaksi yang kita tidak ketahui. MasyaAllah. Bolehkah kita anggap ada kehidupan di planet lain (galaksi lain) daripada planet yang kita berada sekarang iaitu bumi?? Wallahualam, hanya Allah sahaja yang tahu. Soalan itu selalu bermain dalam fikiran saya saat lihat ke langit pada waktu malam. Tambahan pula masa saya dan keluarga  tu dalam perjalan ke kampung halaman. 


Bumi kita ni sebenarnya sangat kecil, sekecil-kecil kuman. Cuba kita bayangkan, kita berada dalam bumi namun matahari lebih besar dari bumi dan ada planet yang lebih beasr dari matahari. Tak percaya?? Haa tengok video clip yang saya jumpa dekat YouTube ni. Tergamam juga bila tengok, naik bulu roma ni haa XD



Haa besar ta kita?? Kecil je kan?? Tapi syukur kita masih dapat hidup dalam bumi walaupun kita ni kecil je. Dulu, masa balik kampung untuk berhari raya saya selalu nampak banyak bintang di langit pada waktu malam. Kenangan yang paling saya ta boleh lupa adalah masa saya menunggu tahi bintang jatuh. Bila da jatuh je, mesti saya akan beritahu mama saya. Seronoknya masa tu, tak terkata. Rasa macam na balik ke zaman kanak-kanak je. Tapi sekarang kenangan tu da ta berulang lagi. Kalau tengok langit, kosong je. Kalau ada pun satu dua, itu pun cahaya satelit. Hmm saya rindukan bintang di
langit. Saya selalu berdoa, suatu hari nanti saya dapat tengok bintang-bintang tu lagi. InsyaAllah.


Hehe sampai di sini sahaja post saya hari ini, saya gembira sangat. Terima kasih kepada sesiapa yang membaca. Yes! Saya akan perbaiki kesalahan saya pada post yang akan datang. Asslammualikum semua :)


No comments:

Post a Comment