Bismilahirahmanirrahim. Assalammulaikum.
Welcome To My Blog And Thank You For Stopping By!

Facebook Twitter Tumblr

Friday 11 May 2012

Penat =_=



Assalammualaikum teman-teman.

Alhamdullilah, akhirnya saya berpeluang update blog setelah sekian lama. Bukan apa, memang susah na buka lappy sejak dua menjak ni. Terlalu banyak kerja yang mesti saya bereskan sebelum masuk U. Tambah lagi, setiap hari saya kena jaga kakak ipar saya yang sedang berpantang. Alhamdullilah, kakak ipar saya semakin hari semakin sihat, baby Hana pun makin comel, baby Hadif bula makin nakal dengan kerenahnya. Walaupun saya penat, tapi saya tetap happy sebab dapat luangkan masa dengan keluarga. Mereka la kawan-kawan saya. Walaupun saya ada ramai adik beradik, tapi duduk dekat rumah rasa macam sorang-sorang je. Mujurla ada kakak ipar dan anak-anaknya.

Pasal na masuk U ni pun satu kerja. Jauh sanagt sampai ke Kuala Terengganu. Abah susah payah buat kertas kerja semata-mata na pindahkan saya ke UiTM yang terdekat. Harap-harap dapat, InsyaAllah. Kalau ta dapat, terpaksa la saya "travel" ke Kuala Terengganu. Seronok juga belajar jauh-jauh ni. Dapat kenal budaya orang. Saya pun bole tenangkan fikiran sedikit dan belahar dengan tenang. Tapi mana-mana pun belajar sama sahaja, gedung ilmu juga. Yang penting usaha mesti ada. Kalau usaha ada, tiada yang mustahil. Hadis Rasulillah S.A.W pun ada tertulis "menuntut ilmu hingga negeri China".

Sampai disini sahaja post saya kali ni. Kepada yang sudi membaca, terima kasih saya ucapkan. Assalammualikum :)

2 comments:

  1. terjumpa info ni, pasal berpantang … sharing is caring :) - Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youuu :) InsyaAllah bole membantu kakak ipar saya :)

      Delete