Bismilahirahmanirrahim. Assalammulaikum.
Welcome To My Blog And Thank You For Stopping By!

Facebook Twitter Tumblr

Wednesday 30 May 2012

New Life Begins at UiTM Kuala Pilah :)

Assalammualaikum readers!

Da lama rasanya ta update blog. Finally, I got some spare time for myself and I'm gonna spend it on my blog. Alhamdullilah hidup semakin happy, walaupun terselit kesedihan dalam hati. Biasa la, nama pun manusia. Perasaan sedih dan gembira tu ta jauh dari diri. Apa yang kita patut lakukan? Just trust your heart and move on with life.

Hari ni terasa semangat na cerita tantang apa yang da berlaku dua tiga minggu yang lepas. Ada sedih ada happy. Apa-apa pun haruslah tetap senyum dan tabah. Alhamdullilah, saya dapat tukar ke UiTM cawangan Kuala Pilah. Daripada pergi merantau ke Kuala Terengganu, abah saya pun buat permohonan untuk tukar kampus sebab mama ta boleh berjauhan dengan anak-anaknya. Doa seorang ibu tu sentiasa dimakbulkan Allah SWT, syukur akhirnya dapat juga kampus yang paling dekat dari rumah.


Rasa takut tu sentiasa bermain di fikiran saya, bole ke saya harungi hidup sendiri? Paling takut adalah ketika MDS bermula. Apa tu MDS? Minggu Destini Siswa la apa lagi kan. Macam orientasi la orang selalu panggil. Dengar kata siap ada blackout tetiba, kena buat night walk dan banyak lagi la. Da la saya ni penakut, malam pun tidur berlampu ni kan blackout secara tiba-tiba. Hehe memang torch light dekat tangan je la memanjang. Saya harap senior-senior di sana dapat menjaga kami yang junior-junior ta tahu apa benda lagi ni. Fighting!


Tambah lagi kerisauan saya sebab saya daftar lambat satu hari dari pelajar-pelajar yang lain. So bilik semua saya ta tahu dapat dekat mana. Nanti document-document ta tahu na serah dekat siapa. Haih harap ada senior di sana yang akan membantu saya. Rasa takut dan risau tu sentiasa ada dalam hati ni, ye la kan mana pernah berpisah dengan mama lama-lama. Dan saya harap juga, dapat buat ramai kawan baru dekat sana nanti :')

Barang-barang semua da ready, dari rambut hingga kaki. Tapi hati ni ta tahu da ready ke belum? Kucar-kacir lagi adalah. Kena prepare wedding kakak lagi, beli baju sikit-sikit lagi. Rasa macam na meletop kepala ni. Bila perasaan ni tiba-tiba datang mula la rindu dekat tab saya. Tertinggal pula dekat rumah sedara. Kalau ada tab time-time macam ni mesti da main mini games and tengok video youtube sebab gambar kalau tengok dari tab cantik sangat.

Saya rasa sedih bila teringat apa yang mama dan abah saya telah beri kan dekat saya. Segala persiapan saya masuk U lebih dari apa yang saya jangkakan. Terima kasih mama dan abah. Saya sayang mama dan abah saya, saya na sangat tengok suatu hari nanti mereka melangkah ke tanah suci dengan reaksi wajah yang sanagt gembira. InsyaAllah. Terima kasih mama dan abah untuk segalanya :')

Sampai di sini sahaja post saya kali ini. Terima kasih kepada yang membaca. Maaf atas kesilapan ejaan (typo) atau apa-apa kesalahan yang telah saya lakukan. InsyaAllah, akan perbaiki pada post yang akan datang :) Assalammualaikum.

2 comments:

  1. macam mana awak tukar kampus ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MMMM saya ada alasan kesihatan. Kena buat surat drpd doktor kerajaan :)

      Delete