Da lama rasanya ta update blog. Finally, I got some spare time for myself and I'm gonna spend it on my blog. Alhamdullilah hidup semakin happy, walaupun terselit kesedihan dalam hati. Biasa la, nama pun manusia. Perasaan sedih dan gembira tu ta jauh dari diri. Apa yang kita patut lakukan? Just trust your heart and move on with life.
Hari ni terasa semangat na cerita tantang apa yang da berlaku dua tiga minggu yang lepas. Ada sedih ada happy. Apa-apa pun haruslah tetap senyum dan tabah. Alhamdullilah, saya dapat tukar ke UiTM cawangan Kuala Pilah. Daripada pergi merantau ke Kuala Terengganu, abah saya pun buat permohonan untuk tukar kampus sebab mama ta boleh berjauhan dengan anak-anaknya. Doa seorang ibu tu sentiasa dimakbulkan Allah SWT, syukur akhirnya dapat juga kampus yang paling dekat dari rumah.
Barang-barang semua da ready, dari rambut hingga kaki. Tapi hati ni ta tahu da ready ke belum? Kucar-kacir lagi adalah. Kena prepare wedding kakak lagi, beli baju sikit-sikit lagi. Rasa macam na meletop kepala ni. Bila perasaan ni tiba-tiba datang mula la rindu dekat tab saya. Tertinggal pula dekat rumah sedara. Kalau ada tab time-time macam ni mesti da main mini games and tengok video youtube sebab gambar kalau tengok dari tab cantik sangat.
Saya rasa sedih bila teringat apa yang mama dan abah saya telah beri kan dekat saya. Segala persiapan saya masuk U lebih dari apa yang saya jangkakan. Terima kasih mama dan abah. Saya sayang mama dan abah saya, saya na sangat tengok suatu hari nanti mereka melangkah ke tanah suci dengan reaksi wajah yang sanagt gembira. InsyaAllah. Terima kasih mama dan abah untuk segalanya :')
Sampai di sini sahaja post saya kali ini. Terima kasih kepada yang membaca. Maaf atas kesilapan ejaan (typo) atau apa-apa kesalahan yang telah saya lakukan. InsyaAllah, akan perbaiki pada post yang akan datang :) Assalammualaikum.
macam mana awak tukar kampus ye?
ReplyDeleteMMMM saya ada alasan kesihatan. Kena buat surat drpd doktor kerajaan :)
Delete